Kapal Terbang Kertas

Syarat :
  • Kapal terbang yang direka mestilah berbentuk kapal terbang
  • Kapal terbang yang dicipta mesti boleh terbang
  • Pemenang akan dipilih berdasarkan jarak kapal terbang mendarat paling jauh
Gambar Sekitar Aktiviti dijalankan


Kaedah aktiviti yang dijalankan
Setiap kumpulan dibekalkan dengan 5 helai Kertas A4 dan  hanya dibenarkan menambah 2 helai kertas (sendiri) sahaja. Ketua kumpulan perlu mengarahkan dan mengagihkan kertas kepada setiap ahli kumpulan bagi merekabentuk kapal terbang kertas. Masa yang diberikan hanya 30 minit. Setiap kumpulan hanya diberikan sebanyak tiga kali peluang untuk melancarkan kapal terbang kertas sama ada menggunakan satu untuk tiga percubaan dan maksimum 3 kapal terbang untuk tiga kali percubaan.

Refleksi
Kumpulan kami telah berjaya mendapat tempat pertama berdasarkan jarak paling jauh kapal terbang mendarat dengan percubaan ketiga. Rahsia disebalik kejayaan ialah dari segi rekabentuk kapal terbang kertas yang aerodinamik, selain daripada itu kapal terbang kami mempunyai sebatang pen ditengah badan kapal terbang supaya kapal terbang menjadi lebih berat dan lebih mudah menentang arus angin. Aktiviti ini menggalakan penciptaan paling kreatif dan inovatif bagi menggalakkan pelajar mereka sesuatu produk dan memenuhi kehendak tinggi pelanggan dan dapat bersaing apabila dipasarkan.